Saturday, October 22, 2005

Kuih Bakar (Norliza)

bahan2:
2 setengah cawan tepung gandum
setengah cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 biji telur
6 cawan santan
1 penutup perisa pandan
1 penutup pewarna hijau

cara:
gula + telur + gula + tepung ubi + setengah cawan tepung gandum + 2 cawan santan + perisa pandan , blender sehingga sebati. 2 cawan tepung gandum + 2 cawan santan + pewarna hijau, blender hingga sebati. campur semua adunan + 2 cawan santan, kacau sehingga adunan sebati. masuk dalam acuan dan bakar.. 180 darjah selama 1jam hingga 1 jam10 minit ke atau sehingga keliling dah warna kuning.

note: kalau nak buat kuih ni, kata nak makan hari jumaat, kena buat hari khamis, one day earlier sebabnya kuih ni lembut gila, kalau baru masak, memang lembik. macam hari sabtu tu.. malam jumaat kita buat.
kalau nak sedap sungguh, guna santan pekat 1 kg, dibancuh dengan air sehingga jadi 6 cawan santan. Macam kita ni .. guna santan peket.. guna 3 peket, blender sekali...

*kalau nak nampak sedap lagi... goreng bijan & tabur - Kak Chik

No comments: