Saturday, October 02, 2010

Baked Macaroni - Recipe from Mesra.net

TESTED BY ROZIE:

Comment: Telur ayam tu kena tambah. Tak cukup 1 biji. 3 biji tu, sedang elok utk supaya dapat serata campuran telur dan chicken soup. Kalau sikit sangat, nanti bila potong baked macaroni yg dah masak tu, macaroni berterabur... tak comey daaa..

Bahan-Bahan:
Bahan

1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese
Cara:
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi (rozie: boleh tambah hirisan daun sup utk wangi) .Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.

2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur
(Rozie: saya guna 4 biji telur) dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.


3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.


4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.
(Rozie: tuangkan sebahagian mushroom soup + telur supaya mushroom soup itu sampai juga ke bahagian bawah baked macaroni.

    Kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.

5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus. 
Cadangan Hidangan:
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco.
Tambahan:
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar.

Karipap (mudah) daging/kentang

Bahan-bahan doh:

600 gm tepung gandum

130 gm majerin

150 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :

7 biji kentang bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang

1/2 biji bawang besar, dicincang

2 ulas bawang putih, dicincang

2 sudu besar serbuk kari

air secukupnya

garam dan perasa secukupnya

sedikit minyak untuk menumis


Cara membuat inti :

1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging

dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.

2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak

perlahan-lahan.

3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah

empuk. Sejukkan sebelum digunakan.


Cara membuat doh :

1. Air dan garam dilarutkan.

2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.

3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.

4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan

rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.

5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu

sehingga adunan habis.

6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Karipap Ayam

Internet research By Ayu:



Bahan-Bahannya:

Untuk Inti:

4 ketul ayam (potong kecil isinya)

2 biji kentang (dipotong dadu)

3 ulas bawang kecil (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

sedikit halia (ditumbuk)

2 sudu rempah kari

sedikit garam

secukup air untuk mereneh

Untuk Kulit:

500 gm tepung gandum

2 sudu marjerin

1 senduk minyak masak (dipanaskan sebentar)

setengah cawan air masak + 2 ketul ais

secubit garam

Cara-caranya:

1) Campurkan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan sedikit demi sedikit air.

2) Uli hingga menjadi doh dan bahagi doh kecil-kecil menggunakan pisau.

*doh ni nanti akan ada lebih. kes tak tau bajet inti banyak manalah ni... hehhe

3) Masak inti: tumis bahan tumbuk sebentar, masukkan serbuk kari dan kacau sebati

4) Masukkan kentang, ayam dan air sedikit demi sedikit hingga masak.

5) Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga inti kering dan kentang empuk.

6) Sejukkan sebentar inti.

7) Masa untuk meletak inti ke atas doh yang dileperkan, dan kelim tepinya mengikut

kreativiti anda... dan goreng hingga kekuningan.


Selamat Mencuba!

(Nota: Saya syorkan anda masak inti dulu baru buat kulit. - webmaster)

Karipap (kulit)

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk
mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Isi : Ikut suka daaa...

Wednesday, September 01, 2010

Chicken Chop, Mashed Potato, coeslow - From Hanie

Chicken Chop....
 
Breast / boneless chicken
bawang putih - blend
bawang merah-blend
halia-blend
BBQ sauce - (x der pun x per...taruk jer garam or PASTI SEDAP)
 
Perap ayam tuh semalaman pun boleh 2-3 jam pun boleh...
 
masa nak goreng caoted ngan telur diikuti  tepung jagung n bread crumbs/oat
 
Gravy
 
Sos lada hitam
Brown sauce -Knorr brand..biasanyer x jual sikit2..1 kg dlam RM24 something...so..pandai2lah pkir no..hehehh
minyak zaiton - minyak biasa pun x per...
bawang putih,merah halia..kasi blend
button mushroom..kalau suka
 
tumis bawang tadi...masukkan sos lada hitam
bancuhkan brown sauce ngan air panas....2 sudu serbuk brown sauce tu pun..boleh taruk 2 cawan air rasanyer...ni namanyer main agak2...
baru masukkan dlm tumisan sos lada hitam tuh.....
akan ada berketul2...tambah air lagi...kalau pekat sgt....bagi just2 nice jer kepekatan...kalau rasa masin ( x yah buh garam..brown sauce tu dah rasa masin dah)..tambah air...
kalau namppak cair...buhlah tepung jagung kasi pekat.....
pastu...kalau ada ketul2 brown sauce tuh..x cantikkan...so..kasi blend itu sauce..baru akan nampak licin jer gravy sauce nih....
 
 
Mashed Potato..
 
 
kalau nak senang beli jer Serbuk Potato..brand Knorr..tapi jula dlm kotak besau..2.2 kilo....
 
kalau rajin....belilh Potato Russet..kat carefour ada.....dlm 6-7 biji bolehlah..kena ikut bape banayak nak makanlah kan/...
kupas kulit..rebus..taruk garam...
dah lembut.....hancurkan ngan mixer....tambah susu segar sikit, butter n lada hitam....
 
gravy tadi leh makan ngan mashed potato ni gak...
 
coselow
 
kubis - sagat..atau potong kecil..iku citarasa
carrot - sagat halus
 
kasi gaul ngan mayonis.....masuk fridge..sedap...
 
 
 
Lingune /spagheti tuna
 
rebus linguine/ spagheti.....put aside..
 
kuah...
 
tuna satu tin
mushroom soup/cheese n herbs  (campbell)satu tin
butter satu sudu
tepung gandum satu sudu
susu segar satu gelas..
black paper
kiub ayam (ikut suka)
crab meat (ikut suka..x payah pun x per)
 
 
cairkan butter
masukkan tepung
masukan susu segar
mushroom soup/cheese n herbs
tuna
n apa2 yg suka dimasukkan
perasakan....
 
siap...
 
selamat mencuba

Saturday, August 21, 2010

PETUA MUDAH UTK MEMBUAT BISKUT

1. utk bagi crunchy biskut, letak nestum.
2. kalau guna marjerin (lebih murah) tapi nak ada aroma butter yang
mengharumkan, tambah satu penutup kecil butter's oil utk setiap 1
cawan marjerin (boleh beli kat kedai bagus, bukan nak promosi kedai
tu. kat bake with yen pun ada, kat giant pun ada agaknya, cuma lagi
murah kat kedai jual bahan2 kek ni).
3. utk mengelakkan biskut melekat, lapik dulang pembakar dengan kertas
minyak, so tak perlu nak sapu minyak/marjerin/butter pada dulang
pembakar.
4. utk nampak berkilat, sapu telur. kalau guna kuning telur je, tak
economical kan.. guna the whole telur, letak sesudu susu tepung dan
pewarna kuning/oren, bancuh hingga sebati. ta da.. boleh digunakan.
5. kalau dah bancuh semua bahan, tapi nampak adunan berderai, jangan
tambah air, tambahkan minyak masak (apa2 jenis boleh, kita saje beli
minyak bunga matahari, kita dah try guna minyak masak biasa pun, ok
je).

Friday, August 20, 2010

SIAKAP SWEET_SOUR

Dari dapur hanieliza - internet search by Siti

Bahan-Bahan:
 
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
 
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
 
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Biskut Nestum - Siti

Bahan-bahan ( bahan-bahan )

2 biji kuning telur
1 cawan gula halus
6 camca mentega
1 cawan gula perang
6 sudu tepung kastard
4 cawan tepung gandum
2 cawan nestum
Cara-cara

masukkan mentega dan gula.kacau hingga menjadi krim
masukkan telur kuning satu demi satu.kacau lagi
masukkan bahan-bahan yang lain hingga menjadi doh
terap menggunakan acuan yg disukai.
kemudian bakar dengan suhu 160 darjah celcius dalam masa 15 minit

Chocolate Oats

Chocolate Oats

Bahan2nya

Bahan Yang Diayak bersama
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
¼ sk serbuk kulit kayu manis

¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara memasak

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan
Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

TAT KEJU BLUEBERRY

TAT KEJU BLUEBERRY (SITI KHADIJAH - baru nak cuba kut..?)

Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum

Filling
250 gm blueberry filling

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]


Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama
12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angjkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.

almond rings - Dari Liza

ingredients: 3/4 cup butter
1 egg yolk
1/4 cup powdered sugar
1/2 tsp almond essence
2 cups flour
1/2 cup ground almond
1/4 tsp salt

1 egg white, slightly beaten, for dipping crushed alonds to decorate

method:
1. place butter, egg yolk, sugar and almond essence and mix. Add
flour, ground almonds and salt
2. chill the dough for an hour, breakoff, form into a ring and dip in egg white.
3. sprinkle with crushed almonds, bake for 175c/350f until golden.

note: kita amik dari buku chef wan. plan nak buat ni and at the same
time recipe yang sama, cuma replace almond with cashew nuts, hehehe. I
like simple recipe.

chef wan choc chip cookies - From Liza

ingredients:
1 cup unsalted butter
1 tsp vanilla
1 cup castor sugar
1/2 cup dark brown sugar, firmly packed
1 egg
1/3 cup cocoa powder
2 tbsp milk
1 3/4 cups flour
1/4 tsp baking soda
1 cup chopped pecan/walnut
70gm dates
1 cup semisweet choc chip

method:
1. cream butter, add vanilla and both type of sugar. add egg, cocoa and milk.
2. in sparate bowl, stir flour and baking soda. mixed in nuts, dates
and choc chip, add to batter.
3. drop the batter  into baking tray, 175 c / 350f for 12 to 13
minites. cool for 2 minutes.

note: kita buat tak letak pun dates sebab i like my cookies crunchy
rather than chewey.

Tart Nenas - Liza

bahan-bahannya;

doh tart;

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan butter (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula

inti nenas;


4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
- replace the whole thing dengan inti dah siap beli kat kedai bagus
kat melawati, hehehe

cara-caranya;

doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga
sebati. Masukan telur
dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah
diayak. Gaul hingga
 sebati dan lembut.

Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun
pandan hingga
 kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan
gula, vanilla ,
 bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat.
Angkat dan sejukkan.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti
 jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di
dalam dulang membakar.  Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga
15-17 minit sehingga masak.

note: alhamdulillah baru dapat resepi yang betul. my mom's resepi,
pure minyak sapi, a bit too expensive, hahaha.. yang ni ok, rasa macam
orang jual, hehehe. semua orang suka.

simple choc chip cookies - From Liza

Ingredients:
1 1/4 cups flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1/2 cup melted butter or margarine or 1/3 cup veggie oil ( about 70ml )
3 tbsp water
1/2 cup brown sugar
1/3 cup white sugar
1/2 tsp vanilla
chocolate chips
orange zest
a bit of ground cinnamon and all-spice.
optional
- replace 1/4 cups of flour with 1/4 cups of nestum
- replace 3 tbsp water with an egg
- 1/3 cup almonds (or any other nuts)

Methods:
1. Mix flour, baking soda, baking powder, and salt and stir well.
2. With a mixer on medium speed, beat butter, brown sugar, granulated sugar,
 3 tablespoons water, and vanilla until blended. Stir flour mixture
into butter mixture,
 then beat until blended. Stir in chocolate chips, orange zest and nuts.
3. Drop batter in 1-tablespoon portions about 2 inches apart on baking sheets.
4. Bake in a 300° oven until an even golden brown, 18 to 20 minutes.
If using 2 pans
 in 1 oven, switch places at half-time.
5. Let cookies cool on pan about 3 minutes, then transfer to racks
with a spatula.
 Serve warm or cool.

note: yang optional tu, apa yang kita buat, hehehe... gi ngubah resepi
orang. tuan badan buat tak letak telur sebab anak dia alergic telur.
kita yang tak alergic apa2 ni, bedal aje le. letak nestum tu, petua
utk make the biscuits crunchy.
kita tak letak pun orang zest dan
spice, budak bukannya suka spices pun.

AYAM GOLEK

---------- Forwarded message ----------
From: Siti Khatijah
Date: 2010/8/20
Subject: AU Resipi ayam golek
To: ampangumi@googlegroups.com


Ayam Golek




Bahan-bahan




800 gram atau ½ ekor ayam
1 biji buah keras
1/2 ibu jari belacan
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit hidup
100 gram bawang merah
4 ulas bawang putih

1 cm lengkuas
20 gram lada kering
2 cawan santan pekat


2 batang serai - dititik
50 gram asam jawa - dibancuh dengan sedikit air panas dan diambil airnya
Garam dan gula







Terdapat dua cara untuk menyediakan hidangan ini:

Cara Pertama:

· Masak semua bahan-bahan dikisar bersama santan, serai dan air asam jawa sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam. Bubuh garam dan gula secukup rasa dan dididih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat

· Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. Bakar/panggang atau gril di atas bara api

Cara Kedua:

· Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak, barulah masukkan santan, serai dan air asam jawa. Bubuh garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga pekat. Masukkan ayam dan didih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.

· Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. Bakar/panggang atau gril dia atas bara api.





Siti Khatijah Binti Mohammed Hassan

Assistant Manager - Finance & Admin

Tuesday, August 17, 2010

Puding Roti Campak2..Ayu style..

Puding Roti Campak2..Ayu style..

1 buku roti hailam (loaf kecik), nak pakai gardenia ker apa ker..semua
boleh, (croissant lagi best...klu croissant, kat adunan xyah letak butter)
1 tin susu cair, F & N (yg paling murah)
gula 1 sudu...xyah pun xpe
pisang 3 biji (berangan, montel, emas...apa saja pisang yg manis)-ayu beli
pisang montel "buruk" kat k4.. cheaper...
kismis 1 genggam.., klu ada gajus, badam..choc chip...pun leh campak jugak
butter ( 1 inci)
telur 1-2 biji (x yah pun xpe), klu xnak telur, buh sket tepung kastard yg
dibancuh dgn air dlm 1 sudu besar

Cara
1. Oleskan butter di sekeliling loyang...ketepikan...

2. dlm periuk bukan atas api, ,pecahkan telur & pukul + 3/4 tin susu + air
3/4 tin + butter (butter beku pun xpe) +gula 1 susu besar yg x
penuh...agak2 bahan ni leh cover penuh loyang....klu terlebih, buang, klu
kurang tambah jer air sket... masak atas api yg kecik sampai butter
cair...xyah mendidih..pastu matikan api

3. susun roti dlm loyang, 1 lapis, pastu potong2 pisang dlm besar duit 50
sen.. susun atas roti.. susun jarang.. tabur kismis...& susun roti lg..
buat sampai penuh loyang.. ( adakan ruang dlm1 cm..jgn penuh sgt...) badam
kena letak atas sekali + kismis sket +gajus klu ada.. (badam & gajus jgn
letak kat tengah2 layer..nanti x garing)

4. tuang susu yg dipanaskan td atas roti...sampai roti basah... make sure
susu cover roti.. tunggu dlm 10 min terendam...

5. bakar dlm oven 180 C utk 40 min... tp klu dah gelap, baik kuarkan jer..
ikut pd jenis oven..klu xde oven, kukus api kecik utk 1 jam)...

Sos
susu yg balance 1/4 td + air sket + gula 1 sudu kecik + (tepung jagung 2
sudu kecik+air, cairkan), panaskan atas api kecik, kacau sampai didih ...

dlm ramuan ni ayu x letak byk gula sebab kismis, pisang dah manis...
so sedang2 elok jer...