Tuesday, October 25, 2005

Mixed vege Popia - Kak Chik

Bahan-bahan

1 packet kulit popia yg di beli di Kedai. Pilih yg lebar supaya senang gulung.
1 ulas bawang putih utk menumis
Mixed vege, agak-agak lah untuk dibuat inti.
1 cube ayam knorr
Isi udang, diracik halus, (optional)
1 biji telur

Caranya.

Bawang putih di tumbuk halus. Panaskan minyak (sedikit je), dalam kuali, & tumiskan bawang. Then masukkan mixed vege tadi. Di kacau-kacau. Then masukkan isi udang. Di kacau. Then masukkan cube ayam knorr. Kacau hingga rata Bila dah nampak agak kering, masukkan telur & digaul hingga masak. then angkat, biar sejuk.

Ambil sehelai kulit Popia, masukkan inti tadi, digulung. Lipat kat hujung supaya inti, tak bolos. Untuk lekatkan hujung gulung tu, boleh bancuhkan 1 sudu tepung gandum dgn air- buat ala-ala gam. Akhirnya boleh goreng, minyak jgn panas sangat

Sos (Haseena)
for popiah or cucur udang :

Tumis (use very little oil) bawang putih n bawang blend with chillie kering paste. (nak lagi ummph lagi banyak chillie paste).
Tambah chillie sauce, gula merah and garam.
last sekali add water with cornflour to thicken.

Gula merah gives the sauce a very dark red colour.

Lepas tu sapu atas popiah goreng and tabur bawang goreng and serve...!

Saturday, October 22, 2005

Gulai Ikan tongkol (Ayu)

Seekor ikan tongkol bersaiz sederhana

Blend:
bawang merah 2 ulas yg medium big
bwg putih 1 ulas medium
halia
sedikit cili kering
kunyit hidup
lengkuas sebesar ibu jari (di ketuk shj)

Caranya:
Rebus ikan dgn sedikit air bersama 1 sudu besar gula melaka and 2 kpg asam keping. jgn buang air rebusan. set aside.

Tumis bahan blend and 1 sudu kecil rempah kari sampai naik bau. masukkan santan. kacau always until mendidih. masuk kan ikan and about 1/2 cup of air rebusan ikan bersama asam keping tadi. letak garam and gula melaka about 1 sudu besar. utk kasi kuah pekat kaw kaw letak juga sedikit kerisik. masak ni jgn gopoh. Biarkan mendidih lama sikit. adjust rasa gula melaka and garam accordingly. dkt2 nak tutup api tu campak kan cili padi 4-5 biji (whole, no need to ketuk)

Bubur Chacha

Cara mudah (Kak Chik):

Rebus caca (yg siap di packet)
ubi keledek di potong dadu - juga rebus asing hingga empuk.

Rendam sagu hingga kembang.
Masak santan, taruh gula merah sikit & gula putih juga. secubit garam. rebus sampai santan masak, then masukkan caca + ubi + sagu. Kacau sampai mendidih atau sagu kembang.

Cara panjang (Norliza):

sama je dengan buat pengat pisang..
cuma keledek pebagai warna/keladi/ubi kayu tu, potong dadu dan rebus sampai empuk/separa empuk asing2 for each type of ubi sebabnya waktu empuk setiap satu berbeza.

Untuk membuat tepung yang warna-warni tu, just campurkan air ke dalam tepung pulut, uli sampai jadi doh, bahagikan ikut berapa warna yang disukai. Setiap satu bahagian campurkan pewarna dan uli lagi.

Panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Kemudian tepung tadi, bulatkan dan tekan tengah2, jadi pipih tengah2, lepas tu masukkan dalam air panas mendidih tadi.
Bila tepung tu dah terapung (kira dah masaklah tu), betul2 terapung bukan dia somersault dlm airpanas tu tau, angkat. the rest sama je macam pengat pisang..

Ikan cencaru bakar sumbat (Kak Chik)

Sukatan - tengok pada keperluan saiz ikan


Tanpa kelapa:
Cili kering 3-4 biji
Bawang merah & putih 4-5 ulas
Serai 2 batang
Halia sebesar ibu jari
Sedikit kunyit utk nampak kuning
sedikit gula & garam secukup rasa
bawang besar dipotong dadu

Semua bahan diatas ditumbuk hingga halus & lumat. Lepastu, perahkan asam jawa yg
pekat dan gaulkan. Lepas tu masukkan bawang besar ditumbuk lebam-lebam...

Dengan kelapa.
Selepas kesemua bahan diatas ditumbuk halus, baru masukkan kelapa , lepas tu baru gaul air asam & bawang.

Ikan perlu gak gaul sikit dgn garam kunyit. Belah ikan dibahagian belakang, sumbat dengan isi di atas. Balut ikan dgn daun kunyit or daun pisang. Sedia utk dibakar.

Kueh Serimuka (wanita2u.com - tried by Haseena)

Bawah:
3 cawan pulut
3 cawan santan cair + sikit garam

Atas:
2 1/2 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 s/besar tepung jagung
2 biji telur (haseena guna 3)
1 s/t garam

Cara membuat
Bahagian Bawah
1. Kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahagian Atas
1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.
4. Sejukkan dahulu baru potong

Puding ubi kentang (Norliza)

bahan2:
1/2 agar-agar paket 35gm
3 gelas air
1 setengah cawan gula
1 tin susu cair
3 biji kentang
1 biji telur

cara:
rebus kentang sampai empuk, buangkan air.
blender kentang + susu + telur.
masak agar2 + air + gula sehingga agar2 larut.
Bila agar2 dah larut, masukkan adunan kentang dan susu ke dalam periuk, kecilkan api,kacau utk beberapa minit... tuangkan dlm acuan.. sejukkan..
sedia utk dihidangkan bila dah sejuk,.

Perisa, suka hati you all, nak boh kacang manis yang dlm abc ke, kita letak perisa jagung, blender sekali dengan kentang.

Masak Lemak Cili Api (Ayu)

tumbuk cili & kunyit hidup & garam...
masukkan dlm santan 1/2 jer...yg1/2 lg simpan dulu..
rebus santan &cili & kunyit & serai titik dlm 3-4btg...
dah didih masukkan ayam & kentang...ayu biasanya masuk ayamdulu..agak2 5 minit baru masuk kentang...tungguk sampai kuah pekat.. yang ni boleh tinggal jer atas dapur tp make sure tak hangit..

pastu dahpekat baru masuk santan yg 1/2 lagi td...kacau sampai didih kalau tak nanti pecah minyak..angkat...

kalau nak guna sotong.. masukkan kentang dulu sampai empuk barumasukkan sotong

Puding Custard Jagung (Ayu)

Bahan-bahan
1/2 tin tepung castard (Bird's Nest) 1 susu makan tepung jagung 1 tin susu cair Carnation 1 tin cream style jagung 1 biji kelapa parut dikupas kulit (ambil santan sukatan tin jagung sebanyak 2 tin) gula secukup rasa

Cara-cara
· Campurkan kesemua bahan sehingga sebati.
· Masak diatas api ynag sederhana dan hendaklah sentiasa kacau supaya ia tidak bergentel.
· Setelah adunannya meletup-letup sedikit, bolehlah diangkat dan tuangkan diloyang.

Kek Koko Yong (Haseena)

2.5 cups plain flour
1tsp soda bicarbonat
6 eggs
1 cup cocoa
1.5 cups water
1.5 cups castor sugar
1.5 cups butter

Icing : mix and masak till smooth
1 cup cocoa
1 tin sus pekat manis
2 tbsp butter

Method

Mix butter and sugar till light
Beat eggs separately and mix with batter
Sieve cocoa and flour and soda bicarbonat together
Mix with batter alternate with water

My oven I bake at 130 deg celcius for 45 minutes..each oven depends on how hot it
gets. mine is an electric oven.
The above sukatan I get 2 cakes. Kalau nak halve boleh.

Kuih Bakar (Norliza)

bahan2:
2 setengah cawan tepung gandum
setengah cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
2 biji telur
6 cawan santan
1 penutup perisa pandan
1 penutup pewarna hijau

cara:
gula + telur + gula + tepung ubi + setengah cawan tepung gandum + 2 cawan santan + perisa pandan , blender sehingga sebati. 2 cawan tepung gandum + 2 cawan santan + pewarna hijau, blender hingga sebati. campur semua adunan + 2 cawan santan, kacau sehingga adunan sebati. masuk dalam acuan dan bakar.. 180 darjah selama 1jam hingga 1 jam10 minit ke atau sehingga keliling dah warna kuning.

note: kalau nak buat kuih ni, kata nak makan hari jumaat, kena buat hari khamis, one day earlier sebabnya kuih ni lembut gila, kalau baru masak, memang lembik. macam hari sabtu tu.. malam jumaat kita buat.
kalau nak sedap sungguh, guna santan pekat 1 kg, dibancuh dengan air sehingga jadi 6 cawan santan. Macam kita ni .. guna santan peket.. guna 3 peket, blender sekali...

*kalau nak nampak sedap lagi... goreng bijan & tabur - Kak Chik