Saturday, October 22, 2005

Ikan cencaru bakar sumbat (Kak Chik)

Sukatan - tengok pada keperluan saiz ikan


Tanpa kelapa:
Cili kering 3-4 biji
Bawang merah & putih 4-5 ulas
Serai 2 batang
Halia sebesar ibu jari
Sedikit kunyit utk nampak kuning
sedikit gula & garam secukup rasa
bawang besar dipotong dadu

Semua bahan diatas ditumbuk hingga halus & lumat. Lepastu, perahkan asam jawa yg
pekat dan gaulkan. Lepas tu masukkan bawang besar ditumbuk lebam-lebam...

Dengan kelapa.
Selepas kesemua bahan diatas ditumbuk halus, baru masukkan kelapa , lepas tu baru gaul air asam & bawang.

Ikan perlu gak gaul sikit dgn garam kunyit. Belah ikan dibahagian belakang, sumbat dengan isi di atas. Balut ikan dgn daun kunyit or daun pisang. Sedia utk dibakar.

No comments: