Friday, June 27, 2014

Home made TWISTIES

Ini yang disyorkan....



Ini yang disahkan oleh Zuliana Hanie....




Wednesday, June 25, 2014

PUDING COCKTAIL

PUDING COCKTAIL
Oleh: Yan Shamsuddin
Dari : Buku Resepi
Bahan2:
2 TIN SUSU CAIR
1 TIN SUSU PEKAT
1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD
1 TIN BUAH COCKTAIL AMBIL ISI
1 TIN BUAH LAICI AMBIL ISI
1 TIN BUAH LONGAN AMBIL ISI
BUAH STRAWBERRY DIPOTONG2
BUAH KIWI DIPOTONG2
CARA2
MASAKKAN SUSU CAIR DAN SUSU PEKAT..MASUKKAN TEPUNG CUSTARD DAH HANCUR TUTUPKAN API
SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUKKAN SEMUA BUAH2 TADI
MASUKKAN DIDLM PETI SEBELUM DIHIDANGKAN.
Selamat Mencuba 

Mini Pavlova

http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/11/mini-pavlova.html?m=1

KEK KUKUS COKLAT CHEESE


KEK KUKUS COKLAT CHEESE
Kek Coklat
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)
Cream cheese
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2. Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....
RESEPI: DAPUR CMG

MOIST SOUR CREAM/YOGURT CHOCOLATE CAKE


MOIST SOUR CREAM/YOGURT CHOCOLATE CAKE
KEK COKLAT YOGURT/KRIM MASAM LEMBAB
Oleh: Zulfa Za
FB: www.facebook.com/bukuresepi
BAHAN2:
Saiz loyang: 9" bulat
1 cwn Serbuk Koko ( saya + 1 sb nescefe atau apa2 jenama instant coffee)
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan
2½ cwn Gula ~ (saya guna 2 1/4 cwn)
4 bj Telur gred C
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek* (saya guna tepung gandum)
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn Sour Cream (saya guna plain yogurt)
CARA2:
1. Campurkan koko + nescefe & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu. Masukkan esen vanila & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan. (Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan atau tak payah potong). Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.
CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair. - Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.
Selamat mencuba!
Copyright 2014 www.bukuresepi.com

Fish Ball

TESTED AND APPROVED BY SITI KHADIJAH 

Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran kita dan anak2kan...tapi kebanyakkan dipasaraya yang buatnya ramai yang non muslim..dan bahan dan barang2 yang digunakan belum tentu bersih dan halal..insyaallah disini saya tunjukkan cara buat fishball homemade yang pastinya putih dan kenyal doink..doink..doink..
resepi
300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang fresh
2 sudu kecik tpg jagung
garam secukup rasa..terpulang kalau nak tambah ajinomoto pun blh..tak isi lagi bagus..
1/2 sudu kecik lada sulah
air sejuk (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan) dlm peti - adunan nanti mcm nak buat cucur pisang tu...
caranya
kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik...hanya ambil isinya sahaja..
kemudian blend isi ikan hingga hancur
masukkan tpg jagung dan garam serta lada sulah
dah sebati taruk air pula..air ni agak2 ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat..
kemudian keluarkan adunan dan taruk dlm besen kecil..ambil sikit2 dan baling adunan ni dlm bekas tu..buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin ...
ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tgok gambar)..keluarkan bebola fishball antara dua jari tu
ambil fishball tu guna sudu dan taruk dlm bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dlm 15 minit) tgok gambar
barula direbus dlm air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)
selamat mencuba!!

Apam balik




From https://www.facebook.com/muslimah.shopcentre
2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.
Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.

Donut

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201484138812771&set=pcb.10201484146372960&type=1&theater



resepinya
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
Caranya : saya guna mixer
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunankemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga ‪#‎maaf‬ lupa namanya..
‪#‎tips‬ yang uli tangan
masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...
tips saya bentukkan doh
saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye
#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban
bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli
tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan
takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan

Durian Crepe

from https://www.facebook.com/bukuresepionlineku
resepinye ..
(kulit)
100gm tpg gandum
100 gm tpg ubi
50 gm tpg kastd
50gm tpg jagung
3 sb gula
1sb minyak
telor 3 bijik
perisa vanilla 1sk
air 750 ml
susu cair 200ml
adun semua bhn n tapiskan..pas tu
.start melempeng
cream nye.....
3 cwn w/cream
3 sb gula halus
n sedikit isi durin, n putar samapi gebu..pas tu dah boleh start membungkus