Thursday, September 08, 2011

Nasi Maglubah (from Liza)

Bahan-bahan untuk nasinya

Beras~(Saya guna beras basmathi.Tapi apa-apa beras pun OK)Direndam ke
dalam air suam dan diletakkan sedikit kunyit selama 15 minit.
Ayam umi gunakan daging, rebus dlm pressure cooker 20 minit
Stok Ayam
Kiub Ayam
Garam
Rempah beriyani umi gunakan 1 sb shj

Bahan-bahan untuk lauknya

Terung
Kentang
Bunga Kobis
umi tambah lobak merah
(Semua ini dipotong jangan terlalu kecil dan akan digoreng terlebih dahulu)

Bahan untuk sambal:
2 biji tomato
3 cili merah
1 biji lemon - ambil jus
sedikit daun ketumbar
- kisar tomato, daun ketumbar dan cili merah.  Tambah jus lemon dan
sedikit garam



Cara membuatnya:

1.  Goreng sayur-sayuran terlebih dahulu. Ketepikan sebentar.
lapiskan sayur dulubaru masuk daging
2.  Lapiskan sayuran dalam periuk, masukkan daging, kemudian masukkan
beras, air rebusan daging dan kiub ayam.  Tambah air. Umi guna 2 cawan
beras dan 3 cawan air.  Jangan lupa masukkan garam dalam 2 st.
3.  Masak nasi seperti biasa hingga air kering.
4.  Hidangkan bersama salad dan sambal.  Sepatutnya terbalikkan nasi
ke dalam dulang besar, tapi umi sendukkan macam biasa terus dari
periuk.  Maaf lupa pulak nak ambil gambar nasi yang sudah siap
dimasak.
Oleh kerana tekak Melayu, umi buatkan sedikit sup untuk dihidangkan
bersama nasi ini.
5.  Selamat mencuba..!











Cara menghidang:
the meaning of the nasi.. nasi terbalik.. sayur dan daging dibawah,
beras di atas. bila dah masuk, angkat periuk, terbalikkan nasi tu
dalam dulang.

No comments: