Bahan-bahan untuk nasinya
Beras~(Saya guna beras basmathi.Tapi apa-apa beras pun OK)Direndam ke
dalam air suam dan diletakkan sedikit kunyit selama 15 minit.
Ayam umi gunakan daging, rebus dlm pressure cooker 20 minit
Stok Ayam
Kiub Ayam
Garam
Rempah beriyani umi gunakan 1 sb shj
Bahan-bahan untuk lauknya
Terung
Kentang
Bunga Kobis
umi tambah lobak merah
(Semua ini dipotong jangan terlalu kecil dan akan digoreng terlebih dahulu)
Bahan untuk sambal:
2 biji tomato
3 cili merah
1 biji lemon - ambil jus
sedikit daun ketumbar
- kisar tomato, daun ketumbar dan cili merah. Tambah jus lemon dansedikit garam
Cara membuatnya:
1. Goreng sayur-sayuran terlebih dahulu. Ketepikan sebentar.
lapiskan sayur dulubaru masuk daging
2. Lapiskan sayuran dalam periuk, masukkan daging, kemudian masukkan
beras, air rebusan daging dan kiub ayam. Tambah air. Umi guna 2 cawan
beras dan 3 cawan air. Jangan lupa masukkan garam dalam 2 st.
3. Masak nasi seperti biasa hingga air kering.
4. Hidangkan bersama salad dan sambal. Sepatutnya terbalikkan nasi
ke dalam dulang besar, tapi umi sendukkan macam biasa terus dari
periuk. Maaf lupa pulak nak ambil gambar nasi yang sudah siap
dimasak.
Oleh kerana tekak Melayu, umi buatkan sedikit sup untuk dihidangkan
bersama nasi ini.
5. Selamat mencuba..!
Cara menghidang:
the meaning of the nasi.. nasi terbalik.. sayur dan daging dibawah,
beras di atas. bila dah masuk, angkat periuk, terbalikkan nasi tu
dalam dulang.
Resepi-resepi ini telah terbukti berjaya di dapur ahli Ampang Ummies... Hidangan ringkas dan mudah cara Ampang Ummies.... Selamat Mencuba!
Thursday, September 08, 2011
Tuesday, January 04, 2011
Pasta Carbonara
![]() |
| Diubah suai dari All Recipes.com |
Bahan-bahan
- 6 batang frankfurter daging/ayam,di hiris.
- 4 biji telur, suhu bilik
- 1 tin sos Carbonara Campbell with garlic
- 1 cawan Parmesan cheese yang dihiris
- 250gm pasta (1 paket pasta kebiasaannya 500gm)
- 1/4 cawan butter, softened
- sedikit bracoli
- 1/4 cawan parsley (hiasan)
- Lada hitam kisar secukup rasa
Cara-cara:
- Rebus pasta seperti yang ditulis pada paket pasta.Toskan airnya. Masukkan mentega, gaul hingga cair.
- Rebus frankfurter . Toskan .
- Pecahkan telur didalam periuk besar dan campurkan dgn Carbonara cream sehingga sebati. Masukkan air sebanyak 1 tin carbonara. Masukkan cheese dan panaskan atas dapur sehingga pekat semula. Masukkan bracoli bila adunan makin pekat.
- Gaul pasta dalam adunan yang pekat. taburkan parsley dan lada hitam
Saturday, October 02, 2010
Baked Macaroni - Recipe from Mesra.net
| TESTED BY ROZIE: Comment: Telur ayam tu kena tambah. Tak cukup 1 biji. 3 biji tu, sedang elok utk supaya dapat serata campuran telur dan chicken soup. Kalau sikit sangat, nanti bila potong baked macaroni yg dah masak tu, macaroni berterabur... tak comey daaa.. Bahan-Bahan: | |
| Bahan 1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak) 1 mangkuk Keju cheddar diparut 1 mangkuk sayuran campur ½ mangkuk daging ayam/lembu cincang 3-4 batang sosej ayam/daging 1 tin mashroom/chicken soup 2-3 ulas bawang putih 1 tin cendawan butang(di hiris nipis) 1 biji telur ayam Sedikit Parmesan Cheese | |
| Cara: | |
| 1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi (rozie: boleh tambah hirisan daun sup utk wangi) .Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih. 2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur (Rozie: saya guna 4 biji telur) dan kacau sedikit sehingga menjadi sos. 3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak. 4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.(Rozie: tuangkan sebahagian mushroom soup + telur supaya mushroom soup itu sampai juga ke bahagian bawah baked macaroni. Kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya. 5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco. | |
| Tambahan: | |
| Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar. | |
Subscribe to:
Posts (Atom)
