Saturday, October 02, 2010

Baked Macaroni - Recipe from Mesra.net

TESTED BY ROZIE:

Comment: Telur ayam tu kena tambah. Tak cukup 1 biji. 3 biji tu, sedang elok utk supaya dapat serata campuran telur dan chicken soup. Kalau sikit sangat, nanti bila potong baked macaroni yg dah masak tu, macaroni berterabur... tak comey daaa..

Bahan-Bahan:
Bahan

1 kotak makaroni (Buitoni-3 minit dah masak)
1 mangkuk Keju cheddar diparut
1 mangkuk sayuran campur
½ mangkuk daging ayam/lembu cincang
3-4 batang sosej ayam/daging
1 tin mashroom/chicken soup
2-3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang(di hiris nipis)
1 biji telur ayam
Sedikit Parmesan Cheese
Cara:
1.Rebus makaroni bersama butter sehingga lembut dan toskan.Cincang bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.masukkan Daging cincang dan sosej yang telah di hancurkan apabila daging sudah agak masak masukkan cendawan butang yang telah dihiris nipis dan sayuran campur tadi (rozie: boleh tambah hirisan daun sup utk wangi) .Masak sehingga semuanya sebati. Taburkan sedikit lada putih.

2.Sementara itu campurkan 1 tin mashroom/chicken soup dengan sebiji telur
(Rozie: saya guna 4 biji telur) dan kacau sedikit sehingga menjadi sos.


3.Sediakan satu loyang untuk membakar dengan dilengserkan dengan sedikit butter supaya makaroni tidak melekat apabila telah masak.


4.Mula-mula taburkan makaroni satu lapisan dan diikuti dengan sayur campur dan satu lapisan keju yang telah diparut.
(Rozie: tuangkan sebahagian mushroom soup + telur supaya mushroom soup itu sampai juga ke bahagian bawah baked macaroni.

    Kemudian buat satu lagi lapisan seperti tadi sehingga 2 lapisan dan lapisan yang terakhir sekali taburkan makaroni sahaja dan diikuti dengan sos mushroom/chicken soup tadi dan taburkan sedikit keju lagi diatasnya.

5.Bahan tadi di bakar didalam oven selama 1/2 jam atau sehingga masak dan lapisan atas kelihatan agak kekuningan tapi jangan sampai hangus. 
Cadangan Hidangan:
Apabila telah masak biarkan sedikit sejuk dan dipotong seperti memotong kek dan letakkan diatas pinggan leper dan taburkan sedikit pamesan cheese dan dimakan bersama sos cili ataupun tabasco.
Tambahan:
Apabila masukkan sos mushroom soup tadi biarkan seketika sehingga sos meresap ke bawah. Kemudian barulah dibakar.

Karipap (mudah) daging/kentang

Bahan-bahan doh:

600 gm tepung gandum

130 gm majerin

150 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :

7 biji kentang bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang

1/2 biji bawang besar, dicincang

2 ulas bawang putih, dicincang

2 sudu besar serbuk kari

air secukupnya

garam dan perasa secukupnya

sedikit minyak untuk menumis


Cara membuat inti :

1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging

dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.

2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak

perlahan-lahan.

3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah

empuk. Sejukkan sebelum digunakan.


Cara membuat doh :

1. Air dan garam dilarutkan.

2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.

3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.

4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan

rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.

5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu

sehingga adunan habis.

6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Karipap Ayam

Internet research By Ayu:



Bahan-Bahannya:

Untuk Inti:

4 ketul ayam (potong kecil isinya)

2 biji kentang (dipotong dadu)

3 ulas bawang kecil (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

sedikit halia (ditumbuk)

2 sudu rempah kari

sedikit garam

secukup air untuk mereneh

Untuk Kulit:

500 gm tepung gandum

2 sudu marjerin

1 senduk minyak masak (dipanaskan sebentar)

setengah cawan air masak + 2 ketul ais

secubit garam

Cara-caranya:

1) Campurkan tepung gandum, marjerin, minyak masak, garam dan sedikit demi sedikit air.

2) Uli hingga menjadi doh dan bahagi doh kecil-kecil menggunakan pisau.

*doh ni nanti akan ada lebih. kes tak tau bajet inti banyak manalah ni... hehhe

3) Masak inti: tumis bahan tumbuk sebentar, masukkan serbuk kari dan kacau sebati

4) Masukkan kentang, ayam dan air sedikit demi sedikit hingga masak.

5) Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga inti kering dan kentang empuk.

6) Sejukkan sebentar inti.

7) Masa untuk meletak inti ke atas doh yang dileperkan, dan kelim tepinya mengikut

kreativiti anda... dan goreng hingga kekuningan.


Selamat Mencuba!

(Nota: Saya syorkan anda masak inti dulu baru buat kulit. - webmaster)

Karipap (kulit)

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam skit
air

Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk
mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Isi : Ikut suka daaa...